Friday, November 26, 2010

peringatan buat kita semua

HUKUM MELURUSKAN RAMBUT / REBONDING / IRON

Firman Allah S.W.T:
“( Kata Iblis l.a ) dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya , dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merubahnya . Barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata “ (Surah An-Nisa’ : Ayat 119)

Berdasarkan ayat ini, para fuqaha beristinbath mengeluarkan bahwa meluruskan rambut dgn tujuan utk kecantikan, orang yang berambut kerinting (curly) tidak boleh meluruskannya kerana ia merubah ciptaan Allah dan litadlis (menipu) mata orang awam. Begitu juga orang yg berambut lurus menukarnya menjadi kerinting. (Fatawa Syeikh Atiyah Saqr, Ahsanul Kalam)

HUKUM MEWARNAKAN RAMBUT

"daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda yang membawa maksud: Sesiapa yang menyimpan rambut hendaklah ia mengemaskannya. (Miskat, 2/491). Mengemaskan rambut ertinya tidak membiarkannya kusut masai, tidak terurus, berterbangan apabila ditiup angin atau dibiar menjadi sarang tempat kutu membiak dan sebagainya.

Sebaliknya, rambut hendaklah dibersihkan setiap hari, diikat dan disapu minyak, supaya kelihatan sentiasa berseri. Bagi wanita pula hendaklah didandan atau diikat kemas, diwarnakannya jika sudah beruban dan tidak lagi diminati suaminya, tetapi hendaknya tidak dipamer kepada lelaki bukan mahramnya. Bagi wanita yang sudah lanjut usia dan tidak bersuami, tidak perlu lagi berbuat demikian, kerana tiada motif sebenar daripada pewarnaan rambutnya. Dan begitu juga buat kaum adam, " (riwayat Abu Daud)


No comments:

Post a Comment