Thursday, December 17, 2009

AKU,KAU BERBEZA . AKU,KAU ISTIMEWA :)

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila
sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri,
dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak
lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung
jawab ke atasibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung
jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala
perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik
pahala dapat kepadanya kalau
buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi
isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami
bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri
tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar
suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang
ditanggungnya seperti gunung
dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian
nyawa orang perempuan lebih
panjang daripadalelaki. Lelaki mati cepat kerana
tak larat dengan beratnya dosa-dosa
yangditanggung (ikut kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang
dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi
perempuan. Begitulah
kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak
sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima
pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan
melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu
taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah
haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan
dibelai serta disimpan di tempat
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan
permata tidak akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya
dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib
taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah
seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi
harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada
suaminya, manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya
untuk menyara isteri dan
anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan
melahirkan anak, tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat
dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan
adalah syahidkecil. Manakala dosanya diampun
ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya
dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab
terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya
dan saudara
lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga
melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
sembahyang 5 waktu, puasa
di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga
kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi
wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi
berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan
sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu
sebenarnya adalah istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA
mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu,
JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan
wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa
disisiNYA..


"Berpeganglah kamu sekalian dengan tali Allah
dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas
kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati
kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan
sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan
segalayang telah dikerjakannya dan yang telah
ditinggalkan. Bahkan manusiaitu, anggotanya
menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun
dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela
diri "

No comments:

Post a Comment