Monday, December 01, 2008

sOal hAti ! :)





Apabila berbicara soal hati,
Rasulullah pernah menyebut bahawa:
dalam diri manusia ada segumpal daging (iaitu hati),
yang jika baik daging itu,
maka baiklah manusia itu..
Sebaliknya jika daging itu buruk dan busuk,
maka kualiti orang itu sudah tentulah jatuh ke tahap rendah dan hina..
Hati adalah cermin kepada perbuatan..
apa-apa sahaja yang kita lakukan,
semua itu berpunca dari hati..
Jika hatinya sudah baik,
maka perbuatannya pasti baik..
Sebaliknya jika perbuatannya kelihatan baik,
belum tentu hatinya baik..
Hati yang lembut adalah hati yang terbuka dan peka terhadap persekitaran..
Hati yang kasar adalah hati yang tertutup..
Seperti firman Allah dalam Surah al-Israa:72
"Dan sesiapa yang di dunia ini buta hatinya,
maka di akhirat nanti juga akan buta,
dan lah sesat lagi jalannya."
Penyudahnya, DI MANAKAH KITA 'LETAKKAN' HATI KITA??
Tepuk dada tanya selera..
Hanya kita yang mampu menjawabnya.. :)


1 comment: